Assalamualaikum....aku seorang pelajar.....dan memang tanggungjawab sebagai pelajar bukan senang untuk dipikul tetapi mudah untuk dilaksanakan ,sekiranya kena dengan cara kita..tapi bukan itu sahaja tanggungjawab aku..aku manusia yang hidup dengan nyawa yang diberi oleh pencipta ku..dan aku juga mempunyai keluarga yang dah susah payah besarkan aku terutama mak dan abah aku...aku juga hidup dengan rakan-rakan serta masyarakat sekeliling, jadi tanggungjawab aku lagi bertambah besar...dan aku jugak bertanggungjawab ke atas alam semulajadi...sebab aku dicipta Allah untuk menjadi khalifah di bumi ini...dan semua orang tahu istilah khalifah dengan tanggungjawab tak kan pernah terpisah dan sentiasa berkait rapat....
Adakala aku rasa penat, lelah,jatuh dan lemah untuk pikul tanggungjawab lagi....tapi bila aku lihat abah aku yang tak pernah mengeluh mencari rezeki untuk kami...yang tak pernah berhenti mahupun berputus asa pada masa zaman kejatuhannya...dan masih memikul tanggungjawab sehingga beliau bangkit semula...dan dari situ aku lihat semangat dan tanggungjawab yang lagi besar sedang ditanggung oleh seorang insan bergelar bapa.
Tanggungjawab yang paling besar bagi manusia adalah tanggungjawab terhadap penciptanya..walaupun tanggungjawab itu seolah-olah kita tidak nampak namun...tanggungjawab itulah yang membawa kita ke syurga firdausi...andai sahaja iman didalam hatiku tiada parameter yang boleh turun naik..andai saja dunia ini tidak dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan semata..sudah pasti tanggungjawab ini telah berjaya dilaksanakan dengan istiqamah..dan pastinya tiada penindasan,tiada pengkhianatan dan juga kemunduran...
Kata-kata memang mudah dilafazkan tapi sukar dikotakan...aku memang boleh berbicara tentang tanggungjawab tapi aku belum pasti sama ada aku mampu melakukannya secara konsisten dan menunaikan tanggungjawab yang masih belum aku selesaikan...Semoga satu hari nanti aku pergi dengan tanggungjawab yang telah sempurna......
No comments:
Post a Comment