Tuesday 28 April 2015

ketenangan abadi



              Klishe kan tajuk blog kali ni....tak ada saja nak letak macam gitu...

     Ketenangan yang abadi yang aku maksudkan dari segi apa aku rasa lah..perasaan yang kau tak pernah dapat tapi tiba-tiba kau dapat dalam tempoh masa yang pendek tapi sebenarnya ia boleh kekal lama bergantung dengan kelakuan dan perbuatan kau...aku pernah rasa ketenangan macam itu...aku rasa aku sangat tenang..I'm happy at that time but I don't know how come it happen in a short time...

     Aku harap aku akan dapat lagi ketenangan macam gitu after this...will never end ever..

Tapi apa yang aku mahukan sekarang adalah... 'a vacation'...hehe... bukan apa, aku jelous tengok abang aku asyik holiday memanjang. Sekejap dengan wife dia, dengan company, dengan kawan.
Aku pun nak juga...tempat yang paling aku nak pergi Pulau Rawa di Johor.. Orang kata tempat tu cantik sangat dan memang dijaga ..airnya biru ,resortnya memang tiptop..

    Aku harap aku dapat pergi cari ketenangan aku dekat situ dan ketenangan yang datang tu adalah ketenangan abadi seperti mana aku pernah rasa sebelum ni.

Lambat

Alhamdulillah berakhir sudah perjuangan pertama untuk semester 2 kali ini.. walaupun masih banyak lagi perkara yang menanti aku lepas ini...tapi sekurang-kurangnya beban ku ringan sedikit sekarang..

    Mid-term kali nii...urmmm no komen...ada subjek yang aku puas hati tapi untuk subjek satu ni aku tak tahu kenapa aku rasa resah semacam..mungkin sebab aku belajar lambat untu subjek yang satu ni.. sebab aku tak berapa faham dan minat...sedangkan kalau aku belajar dan buat latihan dari awal mesti aku boleh catch up...tapi tak apa lah..benda dah lepas...

    Ni lah masalah aku..sesuatu yang aku tak suka..aku selalu tangguhkan dan lambat-lambatkan pekerjaannya..sampai satu masa nya dah sampai..aku yang gelabah sendiri..aku harap aku dapat ubah perangai aku ini..aku akan cuba berubah dari sekarang..doakan aku semoga aku tabah hadapi semuanya..and I try to 'walk the talk'.
     
        - "tiada kemanisan dalam kejayaan tanpa rasa kepahitan usaha menghadapi halangan"-

Tuesday 21 April 2015

Hati


Banyak-banyak sakit, sakit apa yang tak ada ubat?

                                     SAKIT HATI !!!!
`
Kenapa perlu sakit hati kalau Allah dah turunkan Al-Quran untuk tenangkan hati kau?

Sebab dia tak pernah terfikir untuk tenangkan hati dia dengan kalam Allah, apa yang dia tahu..sakit hati, twitter.....sakit hati, wechat.....sakit hati, facebook....haaa itu je lah yang kau mampu buat...padahal buka al-Quran tak susah mana pun...kenapa?

mungkin hati yang sakit itu dah menjadi hitam sebab banyak sangat iri hati dan makan dalam.. tak pernah rasa untuk luahkan dan memaafkan...

Hati bahagia tak kan pernah minta untuk berbohong, tak kan pernah  rasa cemburu dan tak kan pernah rasa sakit...itulah hati yang suci..mungkin satu hari nanti kau akan rasakan hati yang bahagia..bila kau benar-benar sedar kesilapan sendiri


Hati perempuan.............................

Fantasi




FANTASI

Semua orang pasti ada impian. Impian dan angan-angan. Apa perbezaannya? Impian sesuatu yang kau inginkan dan pasti kau capai jika ada usaha.
     
   Angan-angan? Hanyalah fantasi dalam fikiran kau yang belum tentu boleh wujud dalam kehidupan kau. Aku sendiri tak tahu..adakah aku sedang berfantasi, kerana aku sendiri tidak faham dengan apa yang aku cuba tulis. Tapi ini blog aku..jadi apa pun terpulang pada aku.

      
        Aku tak tahu kenapa, kata-katanya ada yang benar.. aku selalu inginkan yang terbaik, tapi aku tak pernah usaha untuk jadi yang terbaik.. Kata-katanya sangat terkesan. Memang silap aku. Aku berfantasi untuk dapat yang baik, dan aku berlagak seolah-seolah aku sudah lengkap dan sempurna. Ternyata hanya fantasi yang buat aku sendiri malu dan jatuh. Memang adat.

         Jadi perjuangan aku tak akan terhenti sampai di sini. Dan aku masih ada peluang untuk tebus semula kesalahan itu. Fantasi hanya fantasi.. berhenti daripada angan-angan dan mula mengejar impian.



-Maafkan saya , Sir kerana tidak mendengar arahan-  L

Babysitter

 

 Huhu midsem break!
               waktu yang sangat aku tunggu dari dulu lagi haha
  biasanya time ini lah aku akan habiskan waktu dengan family aku, no love , no study and blablabla.
ecehhh... tak ada lah sampai tak study tapi almost macam tu lah.

       break kali ini, aku jadi driver my mom. Hantar pergi pasar, ajak pergi makan, pergi pantai , jalan-jalan..semua tempat dia nak pergi.. sebab kalau tak ada aku kat kampung, tak ada siapa nak bawa mak pergi jalan-jalan.

       yang paling best, time cuti ni lah emak aku masak sedap-sedap...paling favourite .. Siakap stim!
pehhhh memang awesome...

     Okay tapi yang lagi best aku mesti jadi babysitter ganti mak aku jaga budak-budak yang mak aku ambil upah untuk jaga. woah...penat weyh...tapi actually seronok.. sebab budak-budak ni hati dia suci... tak ada pembohongan, manja, dan tak menyakitkan hati..

     Biar pun pent aku puas. Rindu my hometown!

Realiti


REALITI

Realiti adalah nyata dan sebenar. Hidup dalam dunia adalah realiti, siapa kita sekarang adalah realitinya kita. Tapi tak kesemua realiti itu indah. Ada yang miskin ada yang kaya, ada yang cantik,ada yang hodoh, ada yang bijak dan ada yang bodoh. Itu lumrah. Manusia yang tak pandai bersyukur sahaja yang tidak boleh terima realiti hidupnya.

    Aku ada kehidupan aku. Kehidupan aku adalah sederhana tapi kadang aku ingin merasa sesuatu yang lain. Realiti kehidupan aku, tidak lah sesempurna orang lain. Aku juga ingin merasa hidup sebagai seorang puteri yang dimandikan dengan wang dan harta. Tapi Dia beri kehidupan realiti aku sebagai orang biasa yang hidup sederhana.

   Aku bersyukur sebab aku masih punya keluarga yang lengkap. Emak yang penyayang dan abah yang bertanggungjawab. Aku gembira dengan kehidupan yang sebegitu. Daripada kehidupan yang penuh kemewahan tapi kurang kasih sayang, kehidupan yang penuh kebebasan tapi sebenarnya jiwa mereka penuh kekosongan.


     Terima realiti hidup ini. Love the way you live, and happiness will come later. Life is reality

Friday 3 April 2015

kasih-sayang


                 Aku anak keempat dalam keluarga aku...aku juga anak perempuan pertama yang abah aku nanti-nantikan kelahirannya. Aku juga satu-satunya anadalam keluarga aku yang dapat sambung belajar sampai tahap sekarang ini. Sampai kadang-kadang abang-abang aku cemburu lihat kejayaan aku...Bukan mereka tak berjaya.....tapi mereka cuma tak berpeluang untuk sambung belajar sampai tahap yang mereka nak...tapi itu semua bukan salah aku mahupun abah dan mak...itulah yang dinamakan rezeki...

         Walaupun begitu,kasih-sayang antara aku dengan abang-abangku dan juga adik aku bagai lautan yang tak kan pernah haus kekeringan air...kami sangat rapat..sehinggakan aku menangis di saat abang-abang ku ingin berkahwin sebab aku tak nak ada orang lain dalam keluarga aku dan aku kehilangan kasih sayang mereka..waktu itu aku tidak matang,..

     Tapi apa yang aku takutkan sememangnya berlaku,..mereka pergi dan tinggalkan aku..mereka sibuk dengan keluarga,kerja dan hanya meluangkan masa bersama aku dan adik pada cuti panjang seperti hari perayaan..

    Pada masa itu, aku masih bersekolah sebab itu aku nak perhatian mereka,tapi bila aku dah semakin besar,..aku ada hidup sendiri ..sibuk dengan pelajaran aku...aku mula faham apa perasaan mereka apabila terpaksa berjauhan dengan insan yang mereka sayang...itulah kasih sayang sebenar yang tidak dapat ditunjukkan oleh abang-abangku lagi..dan sekarang adik aku pula yang mengadu kesunyian..

Begitulah kasih sayang anak-anak mak dan abah...mak dan abah yang mengajar erti kasih sayang sebenar..kasih dan sayang,..cinta dan rindu...datang daripada hati yang diturunkan oleh yang lagi Maha Penyayang....appreciate it or you will loss it forever...

Pencinta mak abah...perindu Allah
 
            

Peraturan

Hidup ada peraturan bai... bukan sekadar ada..tapi penuh..kau pergi mana-mana pun..there still have many of rules...peraturan parents kau, peraturan sekolah ,peraturan cikgu , peraturan kerajaan, peraturan masyarakat...uishhh banyak aihh...yang paling penting peraturan pencipta kau..Allah S.W.T

     Kalau dekat rumah,kau kena basuh pinggan selepas makan,bangun awal,basuh pakaian kau,mandi dan lain-lain...itu peraturan...kalau kau dekat tempat belajar pun kau kena hadap lagi banyak peraturan...so, peraturan tu norma kehidupan...yang kalau kau ikut kau selamat..kalau kau bantah...you are die man...

    Tapi jujur lah...siapa  je yang suka hidup dia penuh dengan peraturan sampai kau nak buang air pun tak senang...cuma semua itu bergantung pada diri sendiri untuk kawal...kalau kau pandai main dengan peraturan dan mereka yang buat peraturan tu...kau selamat beb,..yang penting jangan banyak sangat mengeluh...just do it..as long as dia tak bercanggah dengan agama kau...

   okay, contoh study week mansuh...kau nak cakap apa,..kau nak bising-bising banyak bunyi dalam group,wechat,facebook,twitter dan  entah apa-apa lagi kan...kau dapat apa? kau dapat like daripada orang jek..dia orang boleh tolong ke? kau ada pilihan..kau pilih samada kau nak bantah dengan cara baik ,minta tolong mpp or jumpa terus orang atasan yang agak-agak boleh bantu kau..or just accept it.. and start belajar dari sekarang...at least tak adalah istilah belajar last minute...kau dah besar..kau ada pilihan..just tinggal nak guna akal kau je untuk berfikir..tak payah sampai nak langgar peraturan kau buat demonstrasi jalanan.

   Hidup aku simple..peraturan dalam hidup aku pun jadi simple...just follow and safe...that's it..