Thursday 26 March 2015

kontang-kanting

................................................................................................................ponnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
nnnnnnnnnnn kedengaran hon bas ditekan...aku dan sarah lari ter 'kontang-kanting' macam kat depan tu ada Aaron aziz ...nak pergi minta autograf..padahal nak kejar bus yang tengah hon budak melintas jalan tanpa rasa serba salah...aku apa lagi pecut 1000k/m beb haha ...tipu jek...

    nasib baik sempat naik bus... dah la bangun lambat..dua-dua tidur mati...kepenatan sebab apa pun tak tahu lah...dah bangun lambat..boleh pulak tak ada air...pehhh apa lagi..mandi kerbau la...then nak kena tinggal dengan bas pulak....uishhhh  mesirable betul kalau hari khamis ni...nak2 pulak lepastu kelas Sir perfect 10....lagi la aihhh...kena bahan jela dalam kelas..

 tapi tak apa..actually benda tu lagi bagus..merapatkan hubungan kita orang dengan lecturer..first time wey ada lecturer yang ingat nama aku kat sini...selama ni..aku seolah-olah tidak wujud dalam kelas...dan datang sekadar mengambil ilmu daripada pensyarah...nak pergi jumpa pensyarah pun susah..kena buat appointment ...aku yang tak berapa nak rajin ni pun bertambah-tambah la ketakrajinan nya untuk menapak ke bilik pensyarah hehe....

Tapi tak semua lah pensyarah macam tu..ada je yang boleh ingat nama aku juga macam lecturer bi aku..tapi dia lain sikit la..tak macam Sir perfect 10 ni...kalau Sir ni bukan sekadar hafal nama..segala pasal diri kau pun dia boleh tahu..pakar IT la kata kau...

Seronok sebenarnya hidup kat u ni...walaupun kadang-kadang aku rasa bosan..sebab tak ramai kawan macam kat matrik lu..balik-balik sarah jugak yang aku hadap...24 jam hehe...tapi rindu pulak kat dia..sebab sekarang dia tengah busy dengan KTR dia tu...so tinggallah aku sorang-sorang dalam bilik menyiapkan blog aku ni...

Hidup kat sini tak adalah 'kontang-kanting' sangat...tapi kadangjadi macam tu hanya gara-gara masa...perkara yang paling cemburu dengan hidup aku...seandainya aku boleh mengubah masa...sudah lama aku............. ???????????????????

To be continued in next episode.....  see ya...

Tanggungjawab

Assalamualaikum....aku seorang pelajar.....dan memang tanggungjawab sebagai pelajar bukan senang untuk dipikul tetapi mudah untuk dilaksanakan ,sekiranya kena dengan cara kita..tapi bukan itu sahaja tanggungjawab aku..aku manusia yang hidup dengan nyawa yang diberi oleh pencipta ku..dan aku juga mempunyai keluarga yang dah susah payah besarkan aku terutama mak dan abah aku...aku juga hidup dengan rakan-rakan serta masyarakat sekeliling, jadi tanggungjawab aku lagi bertambah besar...dan aku jugak bertanggungjawab ke atas alam semulajadi...sebab aku dicipta Allah untuk menjadi khalifah di bumi ini...dan semua orang tahu istilah khalifah dengan tanggungjawab tak kan pernah terpisah dan sentiasa berkait rapat....

Adakala aku rasa penat, lelah,jatuh dan lemah untuk pikul tanggungjawab lagi....tapi bila aku lihat abah aku yang tak pernah mengeluh mencari rezeki untuk kami...yang tak pernah berhenti mahupun berputus asa pada masa zaman kejatuhannya...dan masih memikul tanggungjawab sehingga beliau bangkit semula...dan dari situ aku lihat semangat dan tanggungjawab yang lagi besar sedang ditanggung oleh seorang insan bergelar bapa.

Tanggungjawab yang paling besar bagi manusia adalah tanggungjawab terhadap penciptanya..walaupun tanggungjawab itu seolah-olah kita tidak nampak namun...tanggungjawab itulah yang membawa kita ke syurga firdausi...andai sahaja iman didalam hatiku tiada parameter yang boleh turun naik..andai saja dunia ini tidak dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan semata..sudah pasti tanggungjawab ini telah berjaya dilaksanakan dengan istiqamah..dan pastinya tiada penindasan,tiada pengkhianatan dan juga kemunduran...

Kata-kata memang mudah dilafazkan tapi sukar dikotakan...aku memang boleh berbicara tentang tanggungjawab tapi aku belum pasti sama ada aku mampu melakukannya secara konsisten dan menunaikan tanggungjawab yang masih belum aku selesaikan...Semoga satu hari nanti aku pergi dengan tanggungjawab yang telah sempurna......

Thursday 19 March 2015

Hijabister

Apa itu 'hijabister'?


    Hamster aku tahu lah..haha...apa lah Sir Azzwan ni... boleh pulak pekena aku dalam lab tadi..malu siot...padahal tadi tu lah aku first time berlilit macam tu...sebelum ni sarung bawal je doh...tak terasa nak ber 'fashion' pun...'serious talk' aku bukan jenis yang tahu fashion, aku pakai macam ikut suka aku...baju tu pun aku beli kat kedai RM20 je kat kampung aku haa...kalau macam 'roommate' aku tu ..ha yela...tu baru 'hijabster','hipster' ,'sister' dan segala ter laa....huhu..

Alasan

ALASAN .... HANYA ... PICISAN...UNGKAPAN....

Mengapa hidup perlu alasan sedangkan ia boleh direka tanpa sebab yang kukuh sekalipun?

   Manusia dengan alasan tidak akan pernah terpisah, tidak ada manusia yang buat kesilapan tanpa alasan,dan kebiasaan manusia lari daripada kesilapan dengan alasan.

Friday 13 March 2015

Rindu

Hohoiiiii.....kalau dah mata bertentang mata...hati di dalam bagai nak gila choi!
     
        Haha....aku kebosanan pada hari ini kerana tidak dapat pulang ke kampung.Aku rindu emak dan adik..dah la adik aku baru lepas operation, dia kena appendix..haa one information yang aku dapat dari adikku tersayang.Kalau kita rasa sakit perut,kau cuba angkat kaki kanan ,kalau perut kau sakit sangat,itu bermakna kau ada appendix.So, alhamdulillah setakat ini aku tak rasa apa-apa yang sakit walaupun aku suka makan biji lada,..eh silap...makan lada..aku kuat makan pedas tak tahu lah kenapa.

Thursday 12 March 2015

Ulang Tahun

PRANKKKK!!!!!!!! 
          "Haa.. nah telur sebiji, kan dah kena " Situasi yang biasa berlaku kalau zaman sekolah tak kira lah asrama ke matrikulasi ke even dekat universiti pun kadang-kadang kau kena lagi. 'Prank' yang pling best kalau kau kena telur + minyak masak + air + petrol + sabun = speechless...

           Aku punya ulang tahun jatuh pada bulan Mei..hadiah paling best aku pernah dapat masa aku form 5...aku dapat dua kejutan ..satu daripada mak dengan abah aku..kedua daripada "best friend forever " aku, (a guy)..pada hari yang sama..memang the most best moment yang aku pernah rasa.

Thursday 5 March 2015

Silap

Hye, geng !
       As human being, mesti kita pernah buat silap kan.? tipu la manusia tak pernah buat silap..betul tak? ..mana ada perfectionist dalam dunia ni..nobody is perfect,man!...even nak mesej pun korang typo..apa tah lagi aku yang menulis kat blog ni ..lagi mengarut..but, do I care?
     okay, cerita pasal silap..silap terbesar yang aku pernah buat  of course lah tipu mak ayah aku...bukan aku bangga dengan penipuan ini...tapi just nak share as lesson lah to u all yang baca.