Friday, 13 March 2015

Rindu

Hohoiiiii.....kalau dah mata bertentang mata...hati di dalam bagai nak gila choi!
     
        Haha....aku kebosanan pada hari ini kerana tidak dapat pulang ke kampung.Aku rindu emak dan adik..dah la adik aku baru lepas operation, dia kena appendix..haa one information yang aku dapat dari adikku tersayang.Kalau kita rasa sakit perut,kau cuba angkat kaki kanan ,kalau perut kau sakit sangat,itu bermakna kau ada appendix.So, alhamdulillah setakat ini aku tak rasa apa-apa yang sakit walaupun aku suka makan biji lada,..eh silap...makan lada..aku kuat makan pedas tak tahu lah kenapa.

 
     So kalau aku rindu biasa aku akan on call dengan mak aku sampai kredit habis.Tapi hari ni mak aku busy, jadinya aku mampu luahkan rindu kat sini jela.Satu yang buat aku tabik dekat mak aku adalah sikap dia terhadap ayah aku.Mak aku pernah cerita,since dia kahwin sampai sekarang, mak aku  pernah duduk bersama dengan ayah aku 5 bulan je..tu pun lepas kahwin lima bulan,mak aku kena duduk dengan emak mertua dia sementara ayah aku kerja dekat singapura.Lepas abang aku yang sulung lahir,ayah aku pindah kerja dekat seremban under company yang sama. Sampai lah sekarang ayah aku pindah-pindah tempat kerja tapi mak aku tak ikut sebab arwah atuk aku dah bagi tanah untuk buat rumah dan suruh mak aku tinggal kat situ.So, ceritanya dari aku kecik aku jarang jumpa ayah aku tapi aku rapat sebab aku anak perempuan yang pertama yang ayah aku nanti-nantikan. 
Ayah aku balik rumah sebulan sekali tapi emak aku tetap bertahan dan sampai sekarang cuma ayah aku yang mak aku percaya.Sedangkan ramai yang takut-takutkan emak aku pasal ayah aku,tapi memang salute kat mak aku sebab dia tak kisah langsung,dia senyum je kalau ada orang usik dia,that's my mom yang aku rindu gila sekarang.

       Aku rindu zaman sekolah aku dan zaman kat matrikulasi dulu.Masa sekolah rendah aku rindu geng-geng budak nakal aku, 5 orang lelaki dan 2 orang perempuan.Masa tu , aku memang agak kasar dan tak suka gaya perempuan.Kita orang akan pergi lepak dekat kebun atuk kawan aku, masak maggy ,beli jajan banyak-banyak dan tidur dekat situ.Biasanya kita orang pergi naik basikal hari sabtu,time tu aku dah darjah 6,mak aku tak pernah bagi aku main kat luar dari aku kecil sampai darjah 5.Tu yang bila aku dah dapat main kat luar masa darjah 6 memang jadi budak 'terjal' sikit lah ..
Kita orang macam adik-beradik, kadang dia orang lepak belakang rumah aku sebab ada pondok, then tengahari makan kat rumah aku.Hishh, rindu gila lah waktu kecil-kecil..tak payah fikir apa-apa...

         dah la aku ngantuk....tido lu geng...SALAM JUMAAT.......  
          

No comments:

Post a Comment