REALITI
Realiti adalah nyata dan sebenar. Hidup dalam
dunia adalah realiti, siapa kita sekarang adalah realitinya kita. Tapi tak
kesemua realiti itu indah. Ada yang miskin ada yang kaya, ada yang cantik,ada
yang hodoh, ada yang bijak dan ada yang bodoh. Itu lumrah. Manusia yang tak pandai
bersyukur sahaja yang tidak boleh terima realiti hidupnya.
Aku
ada kehidupan aku. Kehidupan aku adalah sederhana tapi kadang aku ingin merasa
sesuatu yang lain. Realiti kehidupan aku, tidak lah sesempurna orang lain. Aku
juga ingin merasa hidup sebagai seorang puteri yang dimandikan dengan wang dan
harta. Tapi Dia beri kehidupan realiti aku sebagai orang biasa yang hidup
sederhana.
Aku
bersyukur sebab aku masih punya keluarga yang lengkap. Emak yang penyayang dan
abah yang bertanggungjawab. Aku gembira dengan kehidupan yang sebegitu.
Daripada kehidupan yang penuh kemewahan tapi kurang kasih sayang, kehidupan
yang penuh kebebasan tapi sebenarnya jiwa mereka penuh kekosongan.
Terima realiti hidup ini. Love the way you live, and happiness will come
later. Life is reality
No comments:
Post a Comment