Tuesday, 21 April 2015

Fantasi




FANTASI

Semua orang pasti ada impian. Impian dan angan-angan. Apa perbezaannya? Impian sesuatu yang kau inginkan dan pasti kau capai jika ada usaha.
     
   Angan-angan? Hanyalah fantasi dalam fikiran kau yang belum tentu boleh wujud dalam kehidupan kau. Aku sendiri tak tahu..adakah aku sedang berfantasi, kerana aku sendiri tidak faham dengan apa yang aku cuba tulis. Tapi ini blog aku..jadi apa pun terpulang pada aku.

      
        Aku tak tahu kenapa, kata-katanya ada yang benar.. aku selalu inginkan yang terbaik, tapi aku tak pernah usaha untuk jadi yang terbaik.. Kata-katanya sangat terkesan. Memang silap aku. Aku berfantasi untuk dapat yang baik, dan aku berlagak seolah-seolah aku sudah lengkap dan sempurna. Ternyata hanya fantasi yang buat aku sendiri malu dan jatuh. Memang adat.

         Jadi perjuangan aku tak akan terhenti sampai di sini. Dan aku masih ada peluang untuk tebus semula kesalahan itu. Fantasi hanya fantasi.. berhenti daripada angan-angan dan mula mengejar impian.



-Maafkan saya , Sir kerana tidak mendengar arahan-  L

No comments:

Post a Comment