Tuesday, 2 June 2015

Raya

Assalamualaikum semua...

 Hari ini  aku nak bawa cerita pasal raya pulak...tak kisahlah samada raya puasa atau raya haji..janji raya...tapi kalau bagi aku orang muda ini..mestilah pilih raya puasa hehe...sebab raya puasa paling meriah...yang meriahnya sebenarnya masa puasa..macam-macam ada kat kampung aku
...bazar ramadan,jangan cakap..merata wey...expo? uishh lagi jangan cakap...pergi 1 malam pun tak habis round..kampung memang meriah bakhang.Setiap pintu gerbang nak masuk kampung pasti ada lampu-lampu yang cantik menghiasi pintu itu,..Bunga api,..uishh jangan cakap..siap berperang dari satu rumah ke rumah yang lain. Inilah syoknya raya bila kat kampung.

Aku rindu zaman kanak-kanak aku beraya..Paling best ! sebab kita tak perlu fikir nak exam lah nak kerja lah nak itulah nak inilah...Fikir cuti raya, dapat duit raya, dapat makan best-best,dapat jalan-jalan...dapat main bunga api...mak abah bagi jek baju apa-apa pun kita pakai jek... yang bestnye boleh main-main dengan sedara-sedara yang lain.Tak perlu fikir malu,tak perlu fikir telefon siapa yang canggih,baju sapa yang lawa..dan lain-lain...BEBAS...untuk buat apa-apa pun.Syok kan raya??

Lagi 2 minggu bakal menjelma bulan yang paling ditunggu , bulan Ramadhan al-Mubarak.. time ni lah cerita-cerita kat tv best-best..aku suka tengok ketuk-ketuk ramadan..sebab macam-macam gelagat artis kita boleh tengok. Tapi sayang, tahun ini aku terpaksa berjauhan dengan keluarga untuk pertama kalinya ,tidak dapat sambut puasa,buka puasa pertama sama-sama. Selalunya,semua family aku akan berkumpul untuk hari pertama berpuasa.Abang-abang aku akan balik untuk merasa air tangan emak yang dirindui,time ini jugak lah,macam-macam mak akan masak...sedihnya..tak apalah...apalah sangat pengorbanan yang aku buat sekarang..jika dibandingkan dengan pengorbanan yang emak buat untuk aku dahulu...

Jadi, sempena kita nak sambut bulan yang mulia ini, aku ingin menyusun jari memohon kemaafan dekat semua orang, yang aku pernah sindir,yang aku pernah kutuk,mengata atau marah tidak kira dalam blog ataupun diluar...aku memohon kemaafan dengan seikhlas hati...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK!
"Nampak tak gigi saya yang comel ini?"
haa,,..ni abang aku no.3,hensem kan? kihkih

Saja nak tunjuk ayu yang ni kihkih

Haa..ini nenek sebelah ayah aku, kami panggil 'opah'

Haa ini raya bersama kaum kerabat sebelah ayah aku, kami memang happening..tapi kebanyakan yang buat happening dan bising, adik-beradik aku lah..kihkih..

okay satu jek nak cakap last

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AKAN DATANG!

No comments:

Post a Comment