Assalamualaikum semua....
Hari ini kita cakap pasal jodoh nak? haha... bukan gatai ..tapi saja laa nak bercerita pasal jodoh pula.
Nak tanya sikit lah... macam mana jodoh yang hangpa semua idamkan? kalau aku..aku suka jodoh aku tu (tak payah nak klishe nak poyo sangat)
...jujur aku suka lelaki yang ada gaya tersendiri. Kacak, pakai kena ikut tempat..tapi lagi suka kalau tengok dia pakai kemeja dan tie..hehe..
Aku jenis yang suka lelaki tak ramai kawan, lebih memilih untuk sendiri tapi bila dengan kawan-kawan, dia still boleh ketawa besar. Aku suka lelaki yang tak gedik, tak kecoh ,tak havoc sangat. Aku suka yang sometimes dia boleh buat lawak tahap gaban, tapi bila kita serius dia boleh jadi serius.Aku suka lelaki yang rapat dengan family dia, especially dengan his mom. Sebab aku tak minat lelaki yang suka lepak dengan kawan-kawan dia sampai lewat pagi then biar emak dia kat rumah sorang-sorang.
KAYA??? of course, semua orang nak jadi kaya. Tapi pada aku, aku tak kisah sangat pasal harta dia, aku tak kisah kalau dia tak ada pelajaran pun, tak ada kereta pun. Asalkan dia rajin nak bekerja. Tak kisah lah kerja apa-apa pun yang penting halal. Sebab aku pun daripada keluarga yang biasa-biasa. Jadi aku tak berharap untuk dapat lelaki yang sangat-sangat kaya.Kalau ada pun biarlah dia yang jenis humble. Sebab aku nak aku kaya atas usaha aku. Baru orang pandang beb !
Macam itu lah serba sedikit jodoh yang aku harap akan datang padaku satu hari nanti.Aku bukanlah yang terbaik untuk dambakan yang terbaik ,tapi aku tahu Allah adalah sebaik-baik perancang. Jadi , aku tawakal pada Dia. Kalau pasal agama, kita tak payah sembang sangat, sebab tidak ada seorang perempuan pun yang nak suaminya tak boleh azankan anaknya nanti. Semua cari lelaki yang tahu tentang agama kan? Jadi untuk dapatkan lelaki yang boleh bimbing kita, kita bimbinglah diri sendiri dahulu. (Nasihat untuk diri sendiri)
-kerana perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik-
kisah seorang
-gadis celoteh-
No comments:
Post a Comment