11.30 malam...aku masih di sini di dalam bas ...dalam perjalanan pulang ke kampung halaman..oh bagaikan hari raya pula
Assalamaualaikum aku mulakan bicara kata.,berteman bunyi kriuk tayar bas dan berbekalkan kesejukan di malam hari..aku seorang diri di seat bernombor 22 ,merenung ke luar jendela.,melihat kegelapan di malam hari...sayu hati aku hanya Allah yang tahu...
pada ketika ini, hanya satu yang aku mahukan,.ketenangan...aku tak tahu lah tapi aku masih belum boleh move on dengan benda yang mengganggu fikiran aku sejak dari siang tadi..tapi aku cuba tabah untuk akui kesilapan yang pernah aku lakukan..
Aku cuba berfikir positif dan cuba untuk melupakannya...'mungkin ini juga salah satu balasan Allah..aku tahu aku bukan lah seorang yang baik,lembut,kelakar dan sebagainya..tapi bila kau berkata sedemikian..seolah-olah aku adalah musuh kau dan pesaing hidup kau..sedangkan aku cuba berbaik dengan kau tapi kenapa mesti aku juga yang kau serang...
kau tak peru cemburu dengan hidup aku..hidup aku tiada yang sempurna...mak ayah aku bukan lah orang berada...tapi aku cukup bahagia kerana memiliki insan seperti mereka...seharusnya kau juga bersyukur..bukan meratapi kekurangan diri mahupun hidup kau..aku juga punya kekurangan...cuma aku tak rasa nak dedahkan semua yang kurang dalam hidupku...
Semoga satu hari nanti kau tahu luhurnya ikatan kita ...
salam daripada
-gadis bertudung biru-
No comments:
Post a Comment