Thursday, 28 May 2015

Akhirnya....

akhirnya..... tamat sudah kisah kelas aplikasi komputer brsme mr.perfect. 30 haha..sesuka hati aku jek kan...

okay ,Assalamualaikum
Hari ini merupakan hari terakhir kelas aplikasi komputer aku..dan aku rasa sedih juga lah..sebab  dah tak ada yang nak bahan aku nanti..tapi hari ini aku tak berapa aktif..sebab demam..tapi gigih beb datang kelas hari ini sebab dah hari terakhir hehe..

Aku rasa happy but sometime aku rasa sedih..happy sebab kelas dah habis..dan bnyak assignment yang dah submit tapi sedih sebab aku tak tau wether aq boleh dapat lagi atau tak kelas yang mcm ni..bukan sahaja kelas yang happening tapi kelas yang penuh kisah dan dramanya tersendiri..dan seorang pensyarah yang kalau kau ambil 10 orang dalam fakulti aku ..hanya beliau seorang yang berbeza..aku tabik kat pensyarah aku yang ini ..sebab cuma beliau seorang je yang berani buat macam  itu  dan macam ini dalam kelas..beliau seorang je yang lain daripada yang lain...semoga satu hari nanti kami dapat berkongsi kelas yang sama lagi...

Tapi hari ini juga lah aku kena menanggung sesuatu yang berat juga untuk hati aku terima...biarlah ia menjadi rahsiaku..dan aku ungkapkan dalam beberapa baris bait kata

jika kau fikir aku pokok...aku bukan pokok yang tiada perasaan
jika kau fikir aku batu....aku bukan batu yang tiada hati
jika kau fikir aku matahari..aku bukan lah matahari yang hebat sendiri
jika kau fikir aku mesin..aku bukanlah mesin yang tidak tahu penat
dan jika kau fikir aku salah..aku bukanlah manusia yang tak pernah silap

aku tahu kadang diri ini tidak mampu untuk menahan sikap yang boleh melukai hati orang..tapi aku juga hamba Allah yang tak mampu tunjukkan kesempurnaan..bukan lagak bagus yang mahu aku tunjuk..hanya pertolongan yang mahu aku beri..aku tidak pernah merungut..tetapi terkadang aku juga terlepas kata..aku hanya mahukan yang terbaik..aku hanya mahukan kita semua bahagia..tapi seandainya diri ini salah menafsir..aku menyusun jari memohon kemaafan..seandainya diri ini salah..tunjukkan lah dia jalan yang benar..kata-kata yang tersembunyi disebalik tulisan tidak akan mampu membimbingnya.,maka renungkanlah..

seikhlas hati
-gadis berduri-


No comments:

Post a Comment