Saturday, 28 February 2015

Kisah seorang sahabat- 'maafkan aku'

Hye u olls...
  okay harini aku nak cerita pasal sahabat aku yang dah lama aku tak jumpa...
Dia ex-schoolmate aku time aku form 1 sampai lah form 5, dia seorang lelaki.Nama dia Putera Muhammad Amir..aku panggil dia Amir,.actually dia crush aku time aku form 1..gatalkan aku baru form 1 kot..haha.tapi time tuh dia smart giler, semua girl dalam kelas aku minat dia including me.

      Dia seorang yang bijaksana dan atlet sekolah,dia aktif sukan.Sehingga satu ketika dia dah tak dapat aktif sukan.Dia seorang yang peramah,mudah tersenyum dan kelakar.Dia rajin,selalu tolong aku dalam study.
    Tapi ade satu ketika dia tak dapat buat semua itu lagi dengan aku...sebab dia menghidap penyakit kanser,..aku tak sure kanser apa..tapi dia ada ketumbuhan dekat leher dia..waktu dia tahu dia ada penyakit,dia down sangat sebab doktor cakap penyakit kanser dia dah tahap ke-tiga.
   Lama dia tak datang kelas sebab kena jalani rawatan di hospital,waktu tu satu kelas sunyi seakan-akan memahami keadaan,kami hanya dengan kerja masing-masing,tiada gurau senda, tiada gelak tawa kerana yang kami risau hanya satu,kesihatan Amir..waktu tu kelas umpama family kedua aku..kat situ lah kami rapat antara satu sama lain.
    Ada satu masa tu,kami diberitahu oleh Cikgu Junaidah bahawa Amir sudah tahap kritikal kerana masih belum menjalani pembedahan..Aku sangat terkejut dan kehilangan kata-kata..kami ke rumah Amir untuk melawat dan melihat keadaannya.Amir masih mampu tersenyum walaupun keadaan dia waktu itu sangat menyedihkan, dia sangat kurus dan tak dapat bangun..dan perkataan yang dia sebut yang aku masih ingat sampai sekarang adalah 'maafkan aku'.Air mata mengalir tanpa henti sehinggakan salah seorang sahabat kami memarahi kami dan mengingatkan semua sebab kita datang melawat Amir.
    Kami membuat lawak dan menghiburkan hati Amir,kami makan bersama Amir dan menyanyikan lagu untuk Amir...itulah saat terindah dalam hidupku...
Alhamdulillah selepas pembedahan dan terapi,Amir kembali bersemangat untuk sambung belajar walaupun setahun dia tidak dapat join kelas dan dia tidak lagi dibenarkan aktif dalam sukan.Namun begitu,Amir merupakan pelajar cemerlang kerana memperolehi 6A 3B dalam SPM dia..aku tabik dengan kau Amir..dan satu ingin aku beritahu,..aku rindukan persahabatan kita.. =')

haa inilah Putera Muhammad Amir tu,hensem kan?

No comments:

Post a Comment