Monday, 18 May 2015

Amali makmal

Assalamualaikum..

      Pernah dengar tak pengalaman memberi pengajaran? Tak semua pengalaman dalam hidup ini manis belaka, ada pahit, ada masam dan ada juga tawar. Tapi semuanya kau boleh ubah menjadi suatu pengajaran yang bermakna.


    Pengalaman amali makmal 1 aku telah mengajar aku banyak benda dan lebih berhati-hati untuk makmal 2. Masa sir umumkan ada yang dapat markah 5 something , aku dah cuak. Sebab masa amali 1 dijalankan, banyak sangat mistake yang aku dah buat dan yang tak boleh menahan aku resubmit balik tugasan itu. Kenapa lah aku b**** masa itu, hanya kerana aku gelabah dan panik, aku buat keputusan dengan terburu-buru. Aku langsung tak fikir apa kesannya. Bila aku dah submit baru aku fikir, kenapa aku buat macam itu sedangkan aku boleh buat cara lain.

   Tidak mengapalah benda dah lepas, dan pengalaman itulah buat aku belajar untuk lebih berhati-hati bagi amali makmal 2.Aku cuak sangat masa jawab amali makmal 2 tapi aku pura-pura tenang untuk atasi common mistakes yang aku akan buat kalau aku nervous. Itulah kelemahan aku paling utama, nervous yang tahap dewa aku rasa yang aku masih belum jumpa jalan penyelesaiannya.

    Tapi aku masih belum boleh tenang walaupun amali makmal 2 dah selesai dan aku tidak menghadapi masalah yang serious seperti sewaktu amali makmal 1. Cuma aku belum cukup rasa aku bagus untuk berpuas hati. Sebab lecturer aku seorang yang tidak boleh dijangka, mana-mana pun kesalahan kau buat beliau dapat detect. Tapi apa-apa pun aku cuma mampu berserah dan tawakal. Sebab aku dah usaha aku dah cuba, semoga sahaja semuanya berjalan dengan lancar.

   Satu je pesanan aku, tak semua yang manis itu akan jadi manis selamanya, dan tak semua yang pahit itu akan jadi pahit selamanya. Allah tak kan ubah nasib kita, melainkan kita yang usaha untuk mengubahnya. Wassalam

No comments:

Post a Comment