Thursday, 7 May 2015

KOYAK

.................................................................................................

Assalamualaikum......
           Kali ini aku nak bawa kisah tentang satu perkataaan ni.. Koyak. Kenapa koyak? aku pun tak tahu.. Koyak boleh bagi berbagai erti..kertas koyak, baju koyak, mental koyak, macam-macam lagi.. dan perkataan ni wujud dalam kamus dewan bahasa dan pustaka..


         Sekarang aku rasa aku berada dalam keadaan yang boleh disebut  sebagai koyak juga... Koyak dari segi fizikal dan mental... Kenapa? sebab aku sedang hadapi pelbagai situasi yang aku sendiri tak tahu aku mampu atau tidak nak hadap.. dengan keadaan kaki aku yang belum pulih lagi.. dan keadaan sekeliling yang semakin menekan.. boleh koyak juga lah mental, jiwa dan raga ku,,.

      Doktor maklumkan dekat aku..kemungkinan tisu joint antara lutut aku koyak..then kalau aku x-ray sekalipun aku tak kan nampak apa masalahnya.. aku kena guna satu lagi kaedah yang dipanggil MRI...aku sendiri tak pasti apa benda tu... aku harap sangat injured kaki aku tak serius dan tak seteruk yang aku jangka..aku harap aku masih boleh berjalan normal...aku harap...

    dan dalam masa yang sama , aku perlu menghadapi hari-hari aku sebagai student dekat sini..final nak dekat, presentation jangan ceritalah memang berlambak.. assignment lagi...dan yang paling buat aku kadang tak kuat , abah....aku  harap sangat abah tak ada apa-apa dan boleh pulih seperti sediakala.

    Abah seorang yang tabah, gigih  dan aku tahu abah seorang yang paling penyayang walaupun beliau tak pernah tunjuk depan-depan...Doktor suspek abah kena tibi, dan tulang pinggang retak..sekarang abah di hospital..then dikuarantin daripada orang lain..bayangkan abah seorang diri waktu malam..tidur..mak nak jaga pun tak boleh...tadi abah call...abah nasihatkan aku pergi klinik lagi..dan pakai tongkat, even abah dalam keadaan menahan kesakitan..abah masih peduli tentang aku...mana tak koyak mental aku..hati mana yang tak  pilu dan terharu..air mata siapa yang tak akan mengalir....

Aku berharap..Allah beri abah kesihatan seperti dahulu dan dipanjangkan umurnya...agar aku dapat dan sempat balas segala-galanya yang abah dah berikan...aku mengharap kekoyakan ini akan berakhir dan bercantum semula seperti dahulu.... Abah satu-satunya lelaki yang paling  istimewa dalam hidupku...

   Berdoa semoga jadi lebih tabah dan matang... harapan yang tinggi...

No comments:

Post a Comment