Thursday, 28 May 2015

balik kampung

11.30 malam...aku masih di sini di dalam bas ...dalam perjalanan pulang ke kampung halaman..oh bagaikan hari raya pula
Assalamaualaikum aku mulakan bicara kata.,berteman bunyi kriuk tayar bas dan berbekalkan kesejukan di malam hari..aku seorang diri di seat bernombor 22 ,merenung ke luar jendela.,melihat kegelapan di malam hari...sayu hati aku hanya Allah yang tahu...

pada ketika ini, hanya satu yang aku mahukan,.ketenangan...aku tak tahu lah tapi aku masih belum boleh move on dengan benda yang mengganggu fikiran aku sejak dari siang tadi..tapi aku cuba tabah untuk akui kesilapan yang pernah aku lakukan..

Aku cuba berfikir positif dan cuba untuk melupakannya...'mungkin ini juga salah satu balasan Allah..aku tahu aku bukan lah seorang yang baik,lembut,kelakar dan sebagainya..tapi bila kau berkata sedemikian..seolah-olah aku adalah musuh kau dan pesaing hidup kau..sedangkan  aku cuba berbaik dengan kau tapi kenapa mesti aku juga yang kau serang...

kau tak peru cemburu dengan hidup aku..hidup aku tiada yang sempurna...mak ayah aku bukan lah orang berada...tapi aku cukup bahagia kerana memiliki insan seperti mereka...seharusnya kau juga bersyukur..bukan meratapi kekurangan diri mahupun hidup kau..aku juga punya kekurangan...cuma aku  tak rasa nak dedahkan semua yang kurang dalam hidupku...

Semoga satu hari nanti kau tahu luhurnya ikatan  kita ...

salam daripada
-gadis bertudung biru-

Akhirnya....

akhirnya..... tamat sudah kisah kelas aplikasi komputer brsme mr.perfect. 30 haha..sesuka hati aku jek kan...

okay ,Assalamualaikum
Hari ini merupakan hari terakhir kelas aplikasi komputer aku..dan aku rasa sedih juga lah..sebab  dah tak ada yang nak bahan aku nanti..tapi hari ini aku tak berapa aktif..sebab demam..tapi gigih beb datang kelas hari ini sebab dah hari terakhir hehe..

Aku rasa happy but sometime aku rasa sedih..happy sebab kelas dah habis..dan bnyak assignment yang dah submit tapi sedih sebab aku tak tau wether aq boleh dapat lagi atau tak kelas yang mcm ni..bukan sahaja kelas yang happening tapi kelas yang penuh kisah dan dramanya tersendiri..dan seorang pensyarah yang kalau kau ambil 10 orang dalam fakulti aku ..hanya beliau seorang yang berbeza..aku tabik kat pensyarah aku yang ini ..sebab cuma beliau seorang je yang berani buat macam  itu  dan macam ini dalam kelas..beliau seorang je yang lain daripada yang lain...semoga satu hari nanti kami dapat berkongsi kelas yang sama lagi...

Tapi hari ini juga lah aku kena menanggung sesuatu yang berat juga untuk hati aku terima...biarlah ia menjadi rahsiaku..dan aku ungkapkan dalam beberapa baris bait kata

jika kau fikir aku pokok...aku bukan pokok yang tiada perasaan
jika kau fikir aku batu....aku bukan batu yang tiada hati
jika kau fikir aku matahari..aku bukan lah matahari yang hebat sendiri
jika kau fikir aku mesin..aku bukanlah mesin yang tidak tahu penat
dan jika kau fikir aku salah..aku bukanlah manusia yang tak pernah silap

aku tahu kadang diri ini tidak mampu untuk menahan sikap yang boleh melukai hati orang..tapi aku juga hamba Allah yang tak mampu tunjukkan kesempurnaan..bukan lagak bagus yang mahu aku tunjuk..hanya pertolongan yang mahu aku beri..aku tidak pernah merungut..tetapi terkadang aku juga terlepas kata..aku hanya mahukan yang terbaik..aku hanya mahukan kita semua bahagia..tapi seandainya diri ini salah menafsir..aku menyusun jari memohon kemaafan..seandainya diri ini salah..tunjukkan lah dia jalan yang benar..kata-kata yang tersembunyi disebalik tulisan tidak akan mampu membimbingnya.,maka renungkanlah..

seikhlas hati
-gadis berduri-


Saturday, 23 May 2015

Tanggisan

"kakak, mak nak ucapkan selamat hari jadi yang ke 20 tahun, semoga kakak bahagia dan sihat selalu. Semoga kakak berjaya dalam hidup kakak. Terima kasih daripada emak dan abah sebab akak dah penuhkan cita-cita kami. Sebab akak dah jadi anak yang baik untuk mak dan abah..emak harap kakak terus jadi anak yang baik.Terima kasih anakku"

Mmmmmmm.... air mata jatuh menitis secara tiba-tiba...seorang berterima kasih kepada anaknya. Jarang kita jumpa seorang ibu yang berterima kasih kepada anaknya. Sepatutnya aku yang ucapkan ungkapan itu kepada emak.Tapi apakan daya, sepanjang minggu ini aku tak sempat call mak dan abah..

     Sepanjang aku hidup selama 20 tahun ini,inilah kali pertama aku menerima ucapan hari jadi yang paling memilukan hati. Selama ini, emak dan abah jarang ucapkan .Mereka hanya sambut hari jadi aku dan memberi aku hadiah. Tapi tahun ni, tahun yang paling aku rasa bertuah sangat,sebab akhirnya aku nampak emak dan abah mula tunjuk kasih sayang yang sebenar. 

    Bukan selama ini, mak tidak pernah tunjuk.Tapi mak dan abah bukan lah parents yang tunjuk kasih sayang mereka depan-depan..Mungkin ada rasa malu, tapi aku faham ,cara didikan mereka dah tunjukkan kasih sayang sbenar mereka..

    Selama ini pun bukanlah hadiah yang aku nantikan, tapi ucapan sebeginilah yang buat aku rasa sangat-sangat dihargai..Sekarang jelas ternyata bukan harta benda yang hanya mampu beli kasih sayang...tapi kata-kata yang betul-betul lahir ikhlas dari hati adalah harta paling bernilai yang terlebih cukup untuk tunjuk kasih sayang seseorang.

   Terima kasih emak dan abah...tahun ini adalah tahun yang paling bermakna buat anakmu ini...

-Gadis Dua Puluhan-

Pembentangan Power Point

Assalamualaikum.

22 Mei 2015....Adalah hari dan tarikh paling bersejarah dalam hidup aku.
Pertama, sebab aku dilahirkan pada 22 Mei 1995, dan hari tersebut merupakan hari paling istimewa bagi aku sebab kegigihan seorang insan yang bergelar ibu melahirkan bayi yang telah membesar sehingga menjadi aku yang sekarang.

Wednesday, 20 May 2015

tabah

Assalamualaikum..hai semua..bertemu kembali..aku ni bajet macam orang baca jek blog aku..hehe tak apalah ..buat-buat ada jela..

     Kali ini pasal tabah...sebab apa aku nak sentuh pasal tabah sebab zaman sekarang aku banyak baca kat sosial media tentang semua status yang merungut dengan dugaan yang menimpa mereka.. merungut dekat laman sosial, berdoa kat situ tak kan boleh ubah apa-apa pun kalau kau tak doa betul-betul..

    Tak semua orang hidup dia sempurna cukup segalanya..janganlah kau expect kalau dia ni perangai macam ni selalu nmpak gembira ..kau ckap dia hidup senang ..then kau insecure..rendah diri tak bertempat..tiba-tiba kau rasa kau seorang je yang ada dugaan..tak boleh lah macam gitu sis..tak semua orang yang kelihatan gembira tak ada masalah..kau tak tahu macam mana dia lalui dan hadapi masalah dia yang mungkin lebih besar dari kau..cuma dia lebih tabah dari kau sebab itu dia nampak tenang..

    Sis berhentilah sindir orang perli orang mengata orang dekat laman sosial kau semata-mata kau jeles dengan kehidupan dia..tak akan boleh buat kau hidup bahagia kalau dalam hati penuh sifat iri hati..jadilah seorang yang tabah bila kau ditimpa masalah dan jadilah orang yang sentiasa tersenyum walau hati sedang meraung...sekian

Monday, 18 May 2015

Amali makmal

Assalamualaikum..

      Pernah dengar tak pengalaman memberi pengajaran? Tak semua pengalaman dalam hidup ini manis belaka, ada pahit, ada masam dan ada juga tawar. Tapi semuanya kau boleh ubah menjadi suatu pengajaran yang bermakna.

Thursday, 7 May 2015

be somebody not anybody

It's been a long day without you my friend and I will tell you about it when I see you again.....
 - some lyrics of OST Fast and Furious 7-

HAHA ...saja nak nyanyi orang putih hari ni..tak ada kena mengena pun dengan tajuk...

Assalamualaikum ... ,be somebody not anybody..acah-acah speaking sikit...

    Ayat ni aku ambil daripada seorang ex-student UKM...lelaki..umur dia 25 tahun dan dah ada anak kembar 2 orang....Dia bagitahu sekarang peluang pekerjaan untuk budak-budak degree ni dah semakin kecil..cuak juga lah masa dengar dia cakap macam itu..actually kalau kau nak mudah dapat perkerjaan after graduate nanti..first, kau kena rajin explore mana-mana job yang kosong and bersesuaian dengan bidang yang kau ambil..jangan jadi terlalu choosy sangat sampai semua kerja kau tolak...second...jadi diri kau and kau jadi unik sikit..jangan pasif sangat tapi jangan terlampau over sampai orang annoying dengan kau...confident level memang kena tinggi ..jawab semua soalan dengan jujur...macam-macam lagi lah dia pesan..

Tapi nak jadi semua itu tak semudah kata-kata yang diluahkan...macam mana aku nak didik diri aku jadi macam itu..kalau ada presentation jek pun aku dah nervous..nothing special pun pasal aku sekarang ni...unless aku usaha cari apa yang special and cover balik semua less confident aku..kata-kata dia buat aku semangat untuk teruskan legasi kehidupan aku sekarang walaupun macam-macam timbul pasal ekonomi dan politik dalam Malaysia ni....

dan aku akan perjuangkan hak aku...apa yang patut aku dapat , ganjaran yang harus aku terima setimpal dengan apa yang aku usahakan sekarang..aku akan buat...InshaAllah...i will be somebody that no one wonder i will being like that in one fine day and make anybody being somebody like me..haha ....

KOYAK

.................................................................................................

Assalamualaikum......
           Kali ini aku nak bawa kisah tentang satu perkataaan ni.. Koyak. Kenapa koyak? aku pun tak tahu.. Koyak boleh bagi berbagai erti..kertas koyak, baju koyak, mental koyak, macam-macam lagi.. dan perkataan ni wujud dalam kamus dewan bahasa dan pustaka..

Tuesday, 5 May 2015

sakit

Assalamualaikum

     Betul lah kata orang tua...malang tidak berbau..bila dah kena nak menyesal pun tak guna...kesakitan melanda..nasib baik dah habis exam...tapi payah juga lah nak menapak pergi kelas hari-hari...

    siapa sangka buah cempedak jadi nangka...sebelum ni aku memang pernah injured dekat bahgian lutut..tapi aku tak sangka kalau dah kena sekali boleh kena banyak kali...aku memang tahu aku tak boleh buat aktiviti lasak..tapi aku degil juga nak main benda alah tu...haaa sekarang itu makan dia..

   Nasib baik mak dengan abah tak marah..tapi kena bahan dengan abang-abang itu perkara biasa bagi aku....sakit memang sakit..tapi time ni lah kita boleh tengok siapa yang concern dengan kita..dan memang terbukti..aku tak salah pilih kawan..semua kawan aku ada time aku susah..terutama roommate aku..paling gigih drive untuk aku pergi ke sana ke mari..yang lain semua memang concern habis..siap nak papah aku yang berat ni 24 jam..

   betul orang kata kalau nak cari kawan..tengok masa kita susah..kalau mereka still ada dengan kau..they are the one...

  rasanya aku sambung next time lah..sakit pula kepala aku ni..assalam

sepuluh

Assalamaualaikum....

    Tema diberi nombor sepuluh @ 10....kenapa? aku pun tak pasti...mungkin kali ini lebih senang bermain dengan nombor pula.. ye ke?

     Sepuluh dalam hidup aku tidak ada apa-apa makna..oh ya! ,..abang-abang aku lahir bulan 10..lambat lagi..chill luuu... apa yang aku nak cerita adalah berkenaan perangai aku masa aku umur 10 tahun...

     Perangai aku time ni tak adalah nakal sangat...yang pentingnya aku cute and tak gemuk time tu..haha...masa aku umur 10 tahun..emak dan abah..tegas sangat..aku nak keluar main dengan kawan-kawan pun dia tak bagi..katanya aku ni mudah dapat penyakit..ok aku akur dan jadilah puteri lilin yang duduk dalam rumah je...tapi time ni lah aku selalu skor exam....aku selalu dapat top 3...abah paling happy sebab aku anak perempuan yang pertama yang dia selalu harapkan selepas kelahiran 3 abang ku...abah manjakan aku..dan selalunya apa yang aku nak aku dapat..aku dapat basikal time tu...tapi aku cuma dapat main dalam rumah je...sedihh...then masa adik aku dilahirkan..aku mula dibagi ruang yang lebih besar untuk bermain...

    Aku dah boleh main kat luar..aku dah boleh pergi rumah nenek aku...tapi aku tetap tidak dibenarkan keluar dari halaman rumah..dan sampai satu ketika tu..aku merengek nak ikut abang aku yang ketiga bermain...aku lari kejar basikal dia..sampai aku jatuh di permukaan jalan tar dan lutut ku berdarah...masa tu bukan aku sorang yang kena marah..abang aku sekali kena marah then mak kurung dia dalam toilet..abang marah sangat dekat aku..tapi tak lama..hehe

    Sekarang aku mula mengerti kenapa emak dan abah tak izinkan aku untuk keluar rumah pada ketika umurku 10 tahun.. ada kisah di sebalik kisah ...bernombor 10...